.::BEST1O4.fm::.

.::BEST1O4.fm::.

Forum BEST104.fm Sensasi Selatan
 
UtamaHomeFAQSearchRegisterUsergroupsLog in

Share | 
 

 negeri lain???

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   4th December 2006, 12:43 am

Embarassed Embarassed Embarassed Embarassed Embarassed

Embarassed Embarassed Embarassed Embarassed Embarassed

jgn ckp cam 2...aku mmg minat sejarah pun..

sbb sejarah cuma fakta jerr..

xsusah pun..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
renjer_hutan



Male
Number of posts : 310
Age : 35
Localisation : JOHOR BAHRU
Emploi : swasta
Points : 0
Registration date : 28/09/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   4th December 2006, 8:07 pm

kurang tepat tu arill...fakta tu dah betul..kalau fakta saje tanpa isi-isi huraian seperti mengapa,apa,macam mana,dimana,siapa,akhirnya dan lain2..tu baru lengkap.umpama rumah yang baru tapi takder tiang cuma ada atap jer...
Back to top Go down
View user profile
Jijan K.L



Number of posts : 21
Age : 11
Localisation : wilayah persekutuan
Points : 0
Registration date : 18/11/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   5th December 2006, 2:40 pm

aril kau ambik bidang sejarah ke..???? Cool Cool
Back to top Go down
View user profile
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   7th December 2006, 3:25 am

renjer_hutan wrote:
kurang tepat tu arill...fakta tu dah betul..kalau fakta saje tanpa isi-isi huraian seperti mengapa,apa,macam mana,dimana,siapa,akhirnya dan lain2..tu baru lengkap.umpama rumah yang baru tapi takder tiang cuma ada atap jer...

oooo..yyerr kerr...tq bg tahu..aku pun xlah pandai sgt tp minat 2 de la sikit..huhuhu Razz Razz
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   7th December 2006, 3:26 am

Jijan K.L wrote:
aril kau ambik bidang sejarah ke..???? Cool Cool


dookkk eeehhhhh.....aku cuma minat jerr kat sejah..best gilerrr

dpt lah kita belajar ttg negeri atau negara org lain..mmg bets laaa...huhuhu Laughing Laughing Laughing
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
Jijan K.L



Number of posts : 21
Age : 11
Localisation : wilayah persekutuan
Points : 0
Registration date : 18/11/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   7th December 2006, 2:10 pm

kalau cam ni aku showkan kau jd cikgu sejarah..
menabur bakti pada negara...k..tak...
cikgu Aril albino :p
Back to top Go down
View user profile
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   9th December 2006, 9:45 pm

affraid affraid affraid affraid


hehehe...pepandai je jijan ni..huhuhu

Laughing Laughing Laughing
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
renjer_hutan



Male
Number of posts : 310
Age : 35
Localisation : JOHOR BAHRU
Emploi : swasta
Points : 0
Registration date : 28/09/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   11th January 2007, 1:16 am

terkejut nampak?.....
Back to top Go down
View user profile
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   12th January 2007, 2:57 am

Embarassed Embarassed Embarassed Laughing Laughing Laughing
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
nashpontian
Admin


Male
Number of posts : 546
Age : 31
Localisation : Jay Bee
Points : 0
Registration date : 09/09/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   12th January 2007, 10:42 pm

JOHOR BANJIR KEMBALI!!!! affraid
DAPATKAN INFO DI BEST104 DARI SEMASA KE SEMASA.
JIKA ADA INFO BOLEH SMSKN DGN CARA BEST<jarak>MESEJ KE 32928

_________________
myFacebook
FriendsterKu
MyBestClub
TV3 ONLINE.TV
myBlog
Radio Ku
Jgn Lupa Mendgrkan Best104 Sensasi Selatan Di
104.1FM 94.8FM 102.5FM
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/deejay.nash
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   13th January 2007, 2:22 am

affraid affraid affraid
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   3rd February 2007, 2:20 am

SEJARAH UPM

Penubuhan Universiti Putra Malaysia mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi 'Ex-Officio' Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini yang bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan

Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1942.Bermulanya kenaikan taraf kepada Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1942, kecemerlangan kolej ini semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Jaunari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaysia sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.
Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan Kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).

Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilah pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pagawainya.

Penubuhan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi satu kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.

Penubuhan UPM diasaskan oleh gabungan Kolej Pertanian Malaya, dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd Rashdan Baba adalah Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dan 1965 hingga 1969.

Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Petemakan, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pertanian. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977.

Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang Sains dan Teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensitif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, secara peringkat derni peringkat UPM menambahkan bidang- bidang baru dalam program pengajiannya misalnya sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi Universiti abad ke-21.

Universiti Pertanian Malaysia menempa satu lagi sejarah dengan pengisytiharan nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 April 1997 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad. Nama baru ini menggambarkan UPM menawarkan pelbagai bidang termasuklah sains dan teknologi di samping program berkaitan pertanian, perhutanan dan veterinar. Malah UPM masih terus memperkukuhkan bidang pertanian, termasuklah disiplin yang berkaitan dengannya selaras dengan dasar negara dan keperluan masyarakat
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
renjer_hutan



Male
Number of posts : 310
Age : 35
Localisation : JOHOR BAHRU
Emploi : swasta
Points : 0
Registration date : 28/09/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   3rd February 2007, 4:34 am

info yg bagus ni...
Back to top Go down
View user profile
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   4th February 2007, 1:11 am

Smile Smile Smile
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
nashpontian
Admin


Male
Number of posts : 546
Age : 31
Localisation : Jay Bee
Points : 0
Registration date : 09/09/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   6th February 2007, 8:42 pm

good..

_________________
myFacebook
FriendsterKu
MyBestClub
TV3 ONLINE.TV
myBlog
Radio Ku
Jgn Lupa Mendgrkan Best104 Sensasi Selatan Di
104.1FM 94.8FM 102.5FM
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/deejay.nash
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   14th February 2007, 4:17 am

Pengenalan
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Turki Seljuk, kerajaan Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.


[Sunting] Nabi Muhammad s.a.w.
Untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai topik ini, sila lihat Nabi Muhammad s.a.w.
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.


[Sunting] Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.


[Sunting] Khulafa al-Rasyidun
Untuk rencana utama: sila lihat Khulafa al-Rasyidin

632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailimah.
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
635M- Penawanan Madain.
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637M- Mesir ditawan.
638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang Byzantine.
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

[Sunting] Kerajaan Bani Ummaiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Ummaiyyah

661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

[Sunting] Kerajaan Bani Abbasiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Abbasiyyah

752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.

[Sunting] Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Empayar Turki Uthmaniyyah

1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Crimea.
1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
[Mr]aRiL[85]



Male
Number of posts : 13
Age : 31
Localisation : MaLaYsIa
Points : 0
Registration date : 14/02/2007

PostSubject: Re: negeri lain???   14th February 2007, 4:34 am

Sejarah Melaka
From Wikipedia
Jump to: navigation, search
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, pada tahun di antara 1400 hingga 1403. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Pemerintahan Jajahan

Melaka ditawankan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang yang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.

St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui pembantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.


Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British diberhentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau bersinggah di Melaka. Apa yang ketinggalan dipeliharakan sehingga hari kini. (Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society)Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.

Kesultanan Melaka

1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam.
1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua negara.
1411: Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
1414: Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
1424: Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
1444: Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
1445: Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
1446: Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewas tidak jauh dari Muar.
1456: Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.
1477: Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
1488: Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
1498: Tun Perak meninggal dunia.
1500: Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan bendahara-bendahara.
1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Disebabkan oleh perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.

Pemerintahan Portugis

1511: Alfonso d'Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
Imej:Stpaul.jpg
Gereja St. Paul: Dibina pada tahun 1521, gereja ini sentiasa dilawati oleh St Francis Xavier. (Gambar oleh: NB Travel Sdn Bhd)1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka.
1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.
1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".
1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.
1525: Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa.
1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra.
1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatra.
1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang pertama.
1545: Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya.
1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak yang mantap telah menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.
1553: Fr. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatan Canton, China dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula ke Goa, India.
1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh telah mengawalkan Selat Melaka selama enam puluh tahun.
1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.
1587: Johor menyerang pihak Portugis secara besar melalui serangan tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.
1588: Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.
1597: Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka.
1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.
1615-1616: Acheh menyerang Melaka.
1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum pihak Portugis mengambil Melaka kembali.
1636: Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.

Pemerintahan Belanda

Kota Di Melaka pada 1604.1641: Pihak Belanda (1641 - 1795) menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.
1645: Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia.
1645-1670: Perang antara Belanda - Naning.
1650: Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
1710: Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.
1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.
1756: Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang Melaka.
1784: Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang.
1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa Perang Napoleon.
1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.
1808: Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan.
1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.
1819: Sultan Husin Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera.

Pemerintahan British

1824: Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).
1826: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat.
1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatkannya.
1867: Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan Gabenor-Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan di London.
1895: Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.
1941: Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan Laut yang penting di Amerika Syarikat).
1942: Melaka jatuh ke tangan Jepun.
1945: British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura.
1948: Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.
1956: Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.

Kemerdekaan

1957: Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
1963: Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya.
1989: Melaka diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April.
Back to top Go down
View user profile
nashpontian
Admin


Male
Number of posts : 546
Age : 31
Localisation : Jay Bee
Points : 0
Registration date : 09/09/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   14th February 2007, 9:40 pm

bgs tol kawan aku...
aku lak lupa nak in story pesta layang2 baru nie..

_________________
myFacebook
FriendsterKu
MyBestClub
TV3 ONLINE.TV
myBlog
Radio Ku
Jgn Lupa Mendgrkan Best104 Sensasi Selatan Di
104.1FM 94.8FM 102.5FM
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/deejay.nash
[Mr]aRiL[85]



Male
Number of posts : 13
Age : 31
Localisation : MaLaYsIa
Points : 0
Registration date : 14/02/2007

PostSubject: Re: negeri lain???   18th February 2007, 2:10 am

Very Happy Very Happy
Back to top Go down
View user profile
ady_boys



Male
Number of posts : 69
Age : 35
Points : 3
Registration date : 28/03/2007

PostSubject: Re: negeri lain???   1st September 2007, 1:08 pm

a'kum sume... lol!
Back to top Go down
View user profile
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   22nd September 2007, 3:32 am

wa`alaikumsalam...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
ady_boys



Male
Number of posts : 69
Age : 35
Points : 3
Registration date : 28/03/2007

PostSubject: Re: negeri lain???   8th January 2008, 2:08 am

apa citer kau org kat sini..?????????????
Back to top Go down
View user profile
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   6th April 2008, 5:23 am

Peristiwa 13 Mei
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Sejarah Malaysia
Sebahagian dari siri Sejarah Malaysia


Al-Ma'unah (2000)


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.


Latar belakang

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


[sunting] Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [petikan diperlukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.


Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri-negeri tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.

Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya (politik) dan hanya melibatkan orang-orang melayu dan cina ki Kuala Lumpur sahaja.


Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]


Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969),
Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.


Nota

↑ Hwang, In-Won (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, m.s. 88. Institut Pengajian Asia Tenggara. ISBN 981-230-185-2.

Rujukan

Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1]
Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei"
Kategori: Rencana yang tidak mempunyai sumber petikan | Sejarah Malaysia
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: negeri lain???   6th April 2008, 5:53 am

Jangan pisahkan 13 Mei dan DEB
Tue, 29 Jan 2008 23:06:00


pesanan-pesanan.blogspot
Dr Syed Husin Ali, bekas sosiologis Universiti Malaya yang kini bergerak sebagai pembangkang kerajaan, ketika pelancaran buku berkenaan turut menolak tesis Dr Kua, walaupun Dr Kua selalu muncul dalam kumpulan yang berpihak kepada pembangkang seperti Suaram (Suara Rakyat Malaysia), Dong Jia Zhong (Persatuan Pendidik Cina), Suqiu (Tuntutan Pilihan Raya 1999) dan penentang utama Sekolah Wawasan. Nampaknya Dr Syed Husin, dalam isu ini, masih lagi mengekalkan kesarjanaannya. Yang benar tetap dinyatakan benar, yang salah dinyatakan salah.




Email Print pdf xml txt
<br>


Jika tidak berlaku kekacauan berdarah 13 Mei 1969, hubungan antara etnik di negara ini bukan sahaja setiap masa berada seperti telor di hujung tanduk, keadaan politik dan ekonomi juga berada dalam keadaan yang sentiasa terdedah ancaman dalaman dan luaran.

Lalu, formula perpaduan menjadi asas kepada status-quo seperti yang dialami sekarang. Ekoran peristiwa 13 Mei juga berlaku satu revolusi ekonomi Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak bernama Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat bagi mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum.

Ini menjadi kepercayaan bukan sahaja kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman tetapi juga kepada setiap Perdana Menteri, baik Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun pemerintahannya tetapi juga kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Setiap tahun perkara ini diperingatkan kepada rakyat betapa perpaduanlah sahaja senjata yang memungkinkan negara ini terus bergerak ke hadapan, dan setiap rakyat tidak kira agama atau kaum akan terus mengecapi nikmat kemakmuran negara.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua mengemukakan tesis baru:


‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk menjatuhkan Tunku
Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.’
Dr Syed Husin Ali, bekas sosiologis Universiti Malaya yang kini bergerak sebagai pembangkang kerajaan, ketika pelancaran buku berkenaan turut menolak tesis Dr Kua, walaupun Dr Kua selalu muncul dalam kumpulan yang berpihak kepada pembangkang seperti Suaram (Suara Rakyat Malaysia), Dong Jia Zhong (Persatuan Pendidik Cina), Suqiu (Tuntutan Pilihan Raya 1999) dan penentang utama Sekolah Wawasan. Nampaknya Dr Syed Husin, dalam isu ini, masih lagi mengekalkan kesarjanaannya. Yang benar tetap dinyatakan benar, yang salah dinyatakan salah.

Walau sukar untuk mencari motif sebenar Dr Kua membangkitkan sejarah luka berdarah berkenaan, namun tren semasa menunjukkan ada usaha untuk menidakkan DEB dan dasar kerajaan selain menyembur racun terhadap kepercayaan rakyat kepada kerajaan semasa.

Sebelum ini asas formula perpaduan ini dicabar bekas Pengarah Pusat Kajian Dasar Awam ASLI, Dr Lim Teck Ghee yang melalui `kajiannya’ mendapati bumiputera telah mencapai 45 peratus ekuiti, sedangkan kerajaan menyatakan sasaran DEB pada penghujung 1990 hanyalah sekitar 18 peratus, sedangkan sasaran dasar berkenaan ialah 30 peratus. Tidak sedikit orang Melayu juga terpengaruh supaya DEB atau dasar seumpamanya dimansuhkan, demi memenuhi kehendak orang seperti Dr Kua, Dr Lim dan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang.

Jika Kit Siang melancarkan propaganda DEB memperkayakan sesetengah orang Melayu, Dr Lim menyatakan DEB sudah melebihi 30 peratus dan Dr Kua mempertikaikan punca utama sejarah berdarah 13 Mei kerana usaha menjatuhkan Tunku Abdul Rahman dan bukan kerana kebiadapan pembangkang waktu itu, terpancar keselarian di antara mereka: DEB atau Dasar Pembangunan Nasional perlu dimansuhkan segera.

Sudah ada orang Melayu menyanyi lagu sama dengan Dr Kua, Dr Lim dan Kit Siang, kononnya DEB hanya memperkayakan sebahagian elit Melayu, sedangkan tidak ada data konkrit mengenai hal ini. Anehnya orang Melayu yang menolak DEB yang menyatakan memperkayakan sesetengah Melayu adalah diri mereka sendiri! Sesetengahnya memberikan `pink form’ percuma, untuk memperkayakan orang tertentu.

Data semasa yang ada, pendapatan perkapital bulanan Bumiputera ialah RM2,500, India RM 3,200 dan Cina RM4,100. Selain bukti di hadapan mata, data semasa juga menunjukkan bangunan komersial dan premis perniagaan bagi bumipitera ialah 11.7 peratus, Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratus. Ini menunjukkan DEB jauh daripada memuaskan bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi kepada semua kaum kerana tidak mungkin perpaduan tercapai kecuali berlaku keseimbangan di antara kaum, atau jurang perbezaan itu wajib dikecilkan.

Dr Kua juga menyatakan 13 Mei sebagai ‘hantu’ yang digunakan kerajaan untuk menakutkan rakyat, jika berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi kerajaan, seperti mengalamai masalah seperti tahun 1969. Walaupun kenyataan Dr Kua itu secara sepintas lalu nampak seperti ada kebenaran, tetapi pengkaji hubungan etnik di Malaysia seperti Profesor Madya Dr Mansor Mohd Nor dari Universiti Utara Malaysia berpendapat, asas kepada berlaku ‘rusuhan’ selalunya perbezaan ekonomi antara etnik dalam sesebuah masyarakat.

Dalam kajian beliau bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran mengenai satu kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan berpunca daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun dikelilingi lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur dan terpinggir memiliki ‘disposition towards conflics and violence’ (keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan).

Prinsip yang sama berlaku pada 1969 iaitu kedudukan ekonomi (sumber yang membolehkan setiap orang makan dan menikmati kehidupan) tidak seimbang, maka konflik berlaku, walaupun secara sepintas lalu kelihatan keputusan pilihan raya pada 10 Mei itu menjadi belerang yang membakar api persengketaan. Menurut Dr Mansor yang kini menjadi Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar di Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang UUM, keadaan sosio-ekonomi merupakan penyebab utuma rusuhan di mana-mana negara, termasuk di Paris pada 2005 dan di negara ini pada 1969.

Apakah Dr Kua tidak melihat data-data ekonomi pada tahun 1970? Heng Pek Koon dalam satu tulisan bertajuk The New Economic Policy and the Chinese Community in Peninsula Malaysia dalam journal The Developing Economies, (September 1999, m.s 262–92) memaparkan dengan jelas data-data yang mencetuskan konflik berdarah berkenaan:


Pada tahun 1970, perbezaan pendapatan di antara Melayu dan bukan Melayu begitu ketara sekali. Orang Melayu membentuk majoriti golongan miskin, iaitu sekitar 74 peratus di Semenjung Malaysia. Populasi Melayu dikawasan luar bandar 63.4 peratus berbanding kaum Cina 26.1 peratus, sementara kaum Cina membentuk majoriti populasi di kawasan bandar 58.7 peratus berbanding dengan Melayu 27.4 peratus. Pendapatan purata orang Melayu ialah RM178.7, berbanding dengan Cina RM387.4. Ekuiti korporat Melayu pula hanyalah 2.4 peratus, berbanding Cina 34.4 peratus. Menariknya, waktu itu ekuiti korporat negara ini dikuasai oleh orang luar, khususnya British, iaitu kira-kira 63.3 peratus.


Tentunya British ingin menjaga kepentingannya di sini, tetapi Dr Kua telah memilih untuk mendapatkan data daripada orang British di pejabat dokuman awam di London, untuk membenarkan tesisnya, bahawa kekacauan 13 Mei berpunca daripada usaha untuk merampas kuasa daripada Tunku Abdul Rahman.

Elok Dr Kua mengajak rakan-rakan di Kolej New Era, Kajang dan di Dong Jia Zhong untuk bersama-sama mencari kaedah untuk memupuk rasa muhibah, khususnya di kalangan kanak-kanak di negara ini, melalui sekolah kebangsaan atau kaedah-kaedah lain yang diamalkan oleh negara yang mempunyai masyarakat majmuk.

Rata-rata rakyat negara ini mempercayai perpaduan merupakan aset penting yang membawa kejayaan negara sehingga hari ini, dan Akta Hasutan seharusnya menjadi benteng untuk memastikan perpaduan di negara ini terus berkekalan. Sesungguhnya, perpaduan tidak akan tercapai melainkan berlaku rasa kasih sayang di antara kaum dan tidak ada satu-satu kaum yang membolot kekayaan negara, kerana seperti kata seorang guru, kita meminjam negara ini daripada generasi akan datang.

Justeru, usaha memupuk perpaduan melalui kesaksamaan seperti DEB perlu diteruskan untuk memastikan semua anak-anak bangsa di negara ini dapat menikmati kehidupan secara relatif bahagia.



5 Star - Excellent4 Star - Good3 Star - Best2 Star - Middle1 Star - Poor
4 / 5 (4 Votes)








Hard Proof Anwar is being backed
An article by the Coordinator for the Executive Programs & ...



Dr. Mahathir: Malays Will Be Made
"We know the west believes that Anwar will become prime minister ...




70 dalil Pak Lah hilang kelayakan
Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam keadaan sesak, ...




PKR TIADA AGENDA PERKASA MELAYU
Apakah dengan menghancurkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ...



Kalau Menangguk Biar di Air Keruh
Lagipun air keruh yang kini menenggelami Umno bukanlah akibat ...




PKR: Novus Ordo Seclorum & The
But the most powerful symbol of all is the “all seeing eye” which ...




Menangisnya Melayu...
Melayu selepas pilihan raya masih tertanya-tanya persoalan mengenai ...



Keputusan Memeranjatkan Tidak
Besar kemungkinan mereka yang akan memulaukan PRU kali ini terdiri ...




Nama Samy Vellu sahaja sudah cukup
Peristiwa kepung atau 'boo' Samy Vellu mungkin sudah menjadi isu ...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
Sponsored content




PostSubject: Re: negeri lain???   Today at 9:06 am

Back to top Go down
 
negeri lain???
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
.::BEST1O4.fm::. :: Berita Johor-
Jump to: