.::BEST1O4.fm::.

.::BEST1O4.fm::.

Forum BEST104.fm Sensasi Selatan
 
UtamaHomeFAQSearchRegisterUsergroupsLog in

Share | 
 

 INFO BANJIR DI JOHOR

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nashpontian
Admin


Male
Number of posts : 546
Age : 31
Localisation : Jay Bee
Points : 0
Registration date : 09/09/2006

PostSubject: INFO BANJIR DI JOHOR   12th January 2007, 10:49 pm

12 Januari, 2007 22:36 PM

Banjir Di Johor Semakin Buruk, Kota Tinggi Kini Tenggelam


KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Keadaan banjir kali kedua di negeri Johor semakin buruk selepas hujan lebat tanpa henti menyebabkan 18,753 mangsa banjir dipindahkan ke 107 pusat penempatan sementara, manakala bandar Kota Tinggi kini ditenggelami air sehingga paras dada.

Dalam tempoh kurang sebulan bandar Kota Tinggi sekali lagi dilanda banjir menyebabkan hubungan darat di bandar bersejarah itu terputus dan hanya boleh dihubungi melalui Jalan Johor Baharu-Sungai Sayong-Kota Tinggi.

Pegawai Penerangan Daerah Kota Tinggi Abdul Razak Mohammad berkata Sungai Johor yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Tinggi kini semakin melimpah ke tebing dan melepasi paras bahaya dengan bacaan terkini sedalam 2.9 meter di mana paras bahaya ialah 2.8 meter.

Beliau berkata hujan berterusan sejak Khamis yang bertembung pula dengan keadaan air pasang kira-kira pukul 5 petang Jumaat menyebabkan aliran air sedang melimpah ke Taman Kota Jaya.

"Sehingga kini sebanyak 15 pusat perpindahan banjir telah dibuka dengan menempatkan seramai 1,999 orang mangsa," katanya ketika dihubungi.

Katanya jalan ke Mersing pula hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja kerana paras air yang dalam di Jalan Mersing-Sri Perani setinggi 0.5 meter.

Daerah Kluang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 6,482 orang diikuti Johor Baharu Selatan dengan 5,720, Johor Baharu Utara (3,021), Batu Pahat (913), Segamat (465), Pontian (91) dan Mersing (62).

Hujan yang masih berterusan menyebabkan beberapa jalan di sekitar bandar itu ditenggelami air setinggi 0.3 hingga 0.5 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Johor ketika dihubungi berkata sebanyak 46 buah sekolah di seluruh Johor ditutup hari ini setelah keadaan banjir bertambah buruk dan daripada jumlah itu 31 sekolah telah dijadikan pusat penempatan banjir, 11 daripadanya ditutup kerana banjir, manakala empat yang lain ditutup kerana laluan ke sekolah dinaiki air.

Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail berkata operasi Balai Polis Plentong di Johor Baharu terpaksa dipindahkan ke Balai Polis Johor berikutan balai itu dinaiki air setinggi dua meter sehingga menyebabkan beberapa kelengkapan balai berkenaan termasuk kerusi dan meja mengalami kerosakan manakala sistem komputer juga turut terjejas.

Sehingga kini, tiada sebarang kes terbaru mengenai kejadian lemas dilaporkan akibat bencana itu dan angka kematian akibat banjir kekal 15 orang sejak bencana itu melanda tiga minggu lepas.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata keadaan banjir di Johor dijangka lebih buruk berikutan amaran bahawa hujan di negeri itu sejak semalam akan berterusan sehingga Isnin ini.

Menurut jabatan berkenaan, hujan sederhana lebat itu yang berpunca daripada Monsun Timur Laut di Laut China Selatan yang masih aktif akan turut melanda Pahang Tenggara serta menyebabkan hujan sederhana di Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Pahang Utara, dalam tempoh yang sama.

Selain itu monsun timur laut itu turut menyebabkan hujan sederhana lebat di Sabah terutamanya di Sandakan, Kudat, Pantai barat dan pedalaman manakala Sarawak di kawasan Kuching, Sri Aman, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Sibu dan Limbang, sehingga Isnin.

Di SABAH, Pegawai Daerah Kota Marudu, Matius Sator berkata seramai 229 orang mangsa banjir di Kota Marudu, kira-kira 140 km dari sini masih berada di pusat pemindahan banjir dan 43 orang dari Kampung Marudu Laut, berhampiran Teluk Marudu, telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Ranau sejak pagi Khamis.

Selain itu, beberapa buah kampung berhampiran kuala Sungai Bongon terputus hubungan apabila jalan raya yang menghubungkan Kota Marudu-Pitas dinaiki air setakat paras pinggang, katanya.

-- BERNAMA

_________________
myFacebook
FriendsterKu
MyBestClub
TV3 ONLINE.TV
myBlog
Radio Ku
Jgn Lupa Mendgrkan Best104 Sensasi Selatan Di
104.1FM 94.8FM 102.5FM
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/deejay.nash
nashpontian
Admin


Male
Number of posts : 546
Age : 31
Localisation : Jay Bee
Points : 0
Registration date : 09/09/2006

PostSubject: EHSAN BERNAMA   12th January 2007, 10:50 pm

12 Januari, 2007 19:48 PM

Kota Tinggi Terputus Hubungan Petang Ini


JOHOR BAHARU, 12 Jan (Bernama) -- Kota Tinggi sekali lagi ditenggelami air sehingga paras dada menyebabkan bandar bersejarah itu hanya boleh dihubungi melalui Jalan Johor Baharu-Sungai Sayong-Kota Tinggi.

Air dari Sungai Johor, yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Tinggi, mulai melimpah ke tebing. Ia juga melepasi paras bahaya 2.8 meter dengan bacaan terkini 2.9 meter.

Pegawai Penerangan Daerah Kota Tinggi Abdul Razak Mohammad berkata hujan yang berterusan sejak semalam dan bertembung pula dengan keadaan air pasang pukul 5 petang tadi menyebabkan aliran air sedang melimpah ke Taman Kota Jaya.

"Sehingga kini sebanyak 15 pusat perpindahan banjir telah dibuka dengan menempatkan 1,999 orang," katanya.

Katanya jalan ke Mersing pula hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja kerana paras air yang dalam di Jalan Mersing-Sri Perani adalah setinggi 0.5 meter.

Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata 18,753 mangsa kini berada di 107 pusat pemindahan berbanding 16,855 di 93 buah pusat pemindahan tengah hari tadi.

Daerah Kluang mencatatkan pemindahan tertinggi dengan seramai 6,482 orang diikuti Johor Baharu Selatan dengan 5,720, Johor Baharu Utara (3,021), Kota Tinggi (1,999), Batu Pahat (913), Segamat (465), Pontian (91) dan Mersing (62).

Hujan yang masih berterusan menyebabkan beberapa jalan di sekitar bandar raya ini ditenggelami air setinggi 0.3 hingga 0.5 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Katanya jalan yang terlibat adalah susur keluar Lebuhraya Pasir Gudang ke Taman Daya, Jalan Kangkar Tebrau-Plentong, Jambatan Plentong-Masai, Batu 15 Kampung Tenang-Jalan Sungai Tiram, Jalan Kampung Oren dan Jalan Tebrau-Kampung Sri Purnama-Majidee.

Di Kluang, jalan yang dututup adalah Jalan Kahang-Kampung Peta berikutan jambatan Sungai Daah ditenggelami air setinggi 2.1 meter, Jalan Sawi di Kampung Yap Tau Sah ditenggelami air setinggi 0.3 meter dan Jalan Ladang Sungai Tawing-Paloh, 0.5 meter.

Di Kota Tinggi pula jalan yang dinaiki air adalah Km24 dan Km26 Jalan Kota Tinggi-Kulai yang dinaiki air setinggi 0.3 meter, Km 32 Jalan Bandar Tenggara-Kluang (0.3m), Jalan Tun Seri Lanang di pusat bandar Kota Tinggi (0.7m), Km 24 Jalan Mawai-Kota Tinggi (0.3m) dan Jalan Tun Habab di pusat bandar Kota Tinggi (0.7m) manakala di Segamat, hanya Km 3 Jalan Felda Moakil ditutup akibat air setinggi 0.3 meter.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) Sdn Bhd, Jamaluddin Jamil berkata bekalan air ke seluruh negeri tidak terjejas.

Di Batu Pahat, paras air di Empangan Semberong hari ini mencecah 12.92 meter, satu paras yang tidak pernah dicatatkannya sejak empangan itu dibina pada 1984.

Menurut pekerja-pekerja empangan tersebut, paras tersebut melebihi 0.92 meter dari paras bahayanya pada 12 meter dan mengakibatkan air empangan itu melimpah ke Sungai Semberong berhampiran.

Sungai Semberong mengalir ke beberapa bahagian di Batu Pahat seperti Parit Sulong, Yong Peng dan Air Hitam.

-- BERNAMA

_________________
myFacebook
FriendsterKu
MyBestClub
TV3 ONLINE.TV
myBlog
Radio Ku
Jgn Lupa Mendgrkan Best104 Sensasi Selatan Di
104.1FM 94.8FM 102.5FM
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/deejay.nash
nashpontian
Admin


Male
Number of posts : 546
Age : 31
Localisation : Jay Bee
Points : 0
Registration date : 09/09/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   12th January 2007, 11:05 pm

SEGALA MAKLUMAT MENGENAI BANJIR BOLEH LAYARI www.bernama.com DAN www.johordt.gov.my

_________________
myFacebook
FriendsterKu
MyBestClub
TV3 ONLINE.TV
myBlog
Radio Ku
Jgn Lupa Mendgrkan Best104 Sensasi Selatan Di
104.1FM 94.8FM 102.5FM
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/deejay.nash
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   13th January 2007, 2:25 am

sakura??? No No No
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
Sakura Biru



Female
Number of posts : 92
Age : 35
Localisation : sening hill
Emploi : my boss
Points : 14
Registration date : 29/09/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   13th January 2007, 3:53 pm

Wink tmpt akak x banjir la aril Wink
cuma byk tanah runtuh je...
Back to top Go down
View user profile
Sakura Biru



Female
Number of posts : 92
Age : 35
Localisation : sening hill
Emploi : my boss
Points : 14
Registration date : 29/09/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   13th January 2007, 4:06 pm

....salah seorg rumah ahli forum iaitu..ikanpuyu.. banjir.
ada sape2 nak bg bantuan..leh la direct hubungi ikanpuyu sendiri...
umah dia dah jd kolam ikan dah.... Sad
Back to top Go down
View user profile
nashpontian
Admin


Male
Number of posts : 546
Age : 31
Localisation : Jay Bee
Points : 0
Registration date : 09/09/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   13th January 2007, 7:59 pm

rumah puyu banjir!
takziah ye..

_________________
myFacebook
FriendsterKu
MyBestClub
TV3 ONLINE.TV
myBlog
Radio Ku
Jgn Lupa Mendgrkan Best104 Sensasi Selatan Di
104.1FM 94.8FM 102.5FM
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/deejay.nash
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   14th January 2007, 4:19 am

Sakura Biru wrote:
Wink tmpt akak x banjir la aril Wink
cuma byk tanah runtuh je...


tanah runtuh???

:-(


syukur alhamdulilah.. :-)
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   14th January 2007, 4:20 am

Sakura Biru wrote:
....salah seorg rumah ahli forum iaitu..ikanpuyu.. banjir.
ada sape2 nak bg bantuan..leh la direct hubungi ikanpuyu sendiri...
umah dia dah jd kolam ikan dah.... Sad

:-( wei sape2 yg sudi 2 gi la bantu puyu..cian kat dia..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
renjer_hutan



Male
Number of posts : 310
Age : 35
Localisation : JOHOR BAHRU
Emploi : swasta
Points : 0
Registration date : 28/09/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   23rd January 2007, 3:58 am

as'kum semua...pada yang sedia maklum dalam tempoh 3 week negara kita telah dilanda bencana alam yang buruk.terutama di negeri johor darul takzim yang mana ke 8 semua daerahnya ditengelami bah.Daerah yang paling teruk dilanda adalah kota tinggi dan segamat.lebih 100 ribu mangsa terpaksa dipindahkan.aku ketika banjir sempat meluangkan masa bersama team amal malaysia menjalankan operasi menyelamat dan bantuan mangsa banjir di daerah pontian iaitu di benut.aku merasai macam mana air yang pada mulanya setakat paras buku lali,dengan tidak sampai masa 4 or 5 jam air naik separas dada!!..bayangkan..
dan pada mangsa banjir,aku secara peribadi bersimpati dan bersedih diatas bencana yang menimpa semua.aku dapat rasakan kehilangan harta benda yang berharga dan kerosakan kediaman juga kemusnahan perniagaan akibat dari musibah ini.maybe kita semua dapat rasakan bagaimana ingin memulakan kehidupan semula selepas banjir.seolah-olah terpaksa bermula dari bawah kembali.mangsa-mangsa banjir kini dalam kesusahan yang teramat sangat.tapi kita jangan lupa,ini semua adalah ingatan atau pun ujian Allah terhadap setiap hambaNYA.setiap musibah dan bala yang diturunkan ada hikmah atau pun maksud dariNYA.hanya kita sebagai hamba yang peka dan beriman dan tawaduk menerima dengan redha ketentuan dariNYA
kita semua harus ambil iktibar dari apa yang terjadi.try renungkan dan fikirkan apa dan kenapa setiap bala menimpa kita semua.dan kerajaan negeri haruslah mengambil peranan dan iktibar supaya musibah ini dapat di atasi.kerajaan negeri haruslah berfikir atau pun membuat kajian yang mendalam bagaimana banjir dapat diatasi dengan menjalankan projek jangka panjang tambatan banjir.seharusnya boleh berfikir bagaimana banjir boleh terjadi dan usaha-usaha mengatasinya.
kepada rakan forum yang menjadi mangsa banjir,aku panjangkan dukacita disulami keredhaan.kesedihan anda kesedihan kami Sad
Back to top Go down
View user profile
Mr_aRiL



Male
Number of posts : 760
Age : 31
Localisation : SiRDuNk SeLaNgOr
Emploi : BaHaYa SiOt..huhu
Loisirs : http://www.friendster.com/aril8337
Points : 1
Registration date : 07/10/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   23rd January 2007, 4:14 am

Sad Sad Crying or Very sad Crying or Very sad Sad Sad Neutral
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ariL_8337
nashpontian
Admin


Male
Number of posts : 546
Age : 31
Localisation : Jay Bee
Points : 0
Registration date : 09/09/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   23rd January 2007, 8:19 pm

UNIT AMAL MALAYSIA

_________________
myFacebook
FriendsterKu
MyBestClub
TV3 ONLINE.TV
myBlog
Radio Ku
Jgn Lupa Mendgrkan Best104 Sensasi Selatan Di
104.1FM 94.8FM 102.5FM
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/deejay.nash
renjer_hutan



Male
Number of posts : 310
Age : 35
Localisation : JOHOR BAHRU
Emploi : swasta
Points : 0
Registration date : 28/09/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   24th January 2007, 1:00 am

yap unit amal malaysia...
Back to top Go down
View user profile
puyu



Male
Number of posts : 562
Age : 31
Localisation : batu pahat~kota tinggi
Points : 465
Registration date : 29/09/2006

PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   6th March 2008, 1:04 am

umah aku da ok la kura...don wori
banjir kat msia ni kira boleh idup la..tgk kat negara len,nak idup pun susah.
tapi yg pelik tu banjir2 mcm ni pon ade yg nk jd pencuri lg. esok ko mati tau la mcm ne bahgian ko...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: INFO BANJIR DI JOHOR   Today at 12:03 pm

Back to top Go down
 
INFO BANJIR DI JOHOR
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
.::BEST1O4.fm::. :: Berita Johor-
Jump to: